26/08/2011
matahari mati bekerja tanpa henti.
Kau tak pernah cuba untuk berhenti tipu sekeliling, kau tak pernah berhenti berlagak bagus, aku benci orang macam kau, tapi aku tak pernah cuba untuk berhenti berkenalan dengan orang macam kau, sebab kita saling memerlukan. Aku sakit hati bila kau rasa kau "born to lead", tipu tu pakar kau, sampai langit pun menunduk malu, khalifah yang diaggungkan, yang diberi tugasan untuk menjaga dan memimpin kini seorang penipu. Penipu yang tak akan berhenti, rasa macam nak jerit dekat sebelah telinga kau je, sebab kau tak pernah sedar yang kau dah bunuh banyak jiwa tenang, kau kocakkan gelora nafsu si malang, malang kerana percaya tiap siulan perkataan yang kau sebutkan, yang kau ejakan, yang kau luahkan.
tolong berhenti tolong!
kau bukan dilahirkan untuk memimpin, jalankan apa yang diamanahkan, lakukan apa yang disuruh, hidup di dunia bukan semudah tapi bukan juga sesusah yang aku fikirkan, cuma bila koordinasi itu berubah, segalanya menjadi kacau bilau. Aku salah? salah sebab cakap perkara yang tak pernah terlintas dalam benak akal kau yang bercengkerang tengkorak batu, hati kau yang berkarang keras, ye memang mudah untuk memerintah tapi memerintah perlukan kepakaran bukan dengan membabi buta. pernah aku bicarakan hal ini, golongan minoriti itu lebih berkuasa dari majoriti, maksud aku disini minoriti adalah dalam golongan orang - orang yang mampu memimpin, keras dengan ego, ego yang tak kesudahan. majoriti pula golongan penerima balasan atas apa yang telah dilakukan oleh minor, mungkin ada benar tujuan kau diciptakan memang untuk menyedarkan golongan major kalau tak mana mungkin dosa dicipta untuk pahala, tanpa api air juga tak terjadi, tanpa bulan matahari mati bekerja tanpa henti.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment