Hidup berkarisma, bermaruah, berfikir.
Tiap hari, kiri kanan, depan dan belakang. Aku bertemu kaum tersebut, bukan aku benci, cuma ada satu perasaan yang aku mengelat untuk melihat. Lihat lengguk punggung mereka berjalan melintas dihadapan, mungkin salah satu sebab itu aku kurang berkomunikasi dengan mereka. Aku cuma benci bila melihat kaum tersebut memberi "respond" yang baik apabila kaum ku cuba untuk memasang pikat.
Mungkin juga perasaan tersebut bermula sejak aku masih bersekolah rendah, yang mana jarang atau tiada langsung kaum tersebut cuba mendekati aku. Faktor diam membatu juga membuat mereka bosan untuk cuba memanggil aku "kawan". Sewaktu rakan lain seronok mendekati mereka, bergurau, bergelak atau pun berkejaran aku hanya membuta untuk melihat kaum tersebut tersenyum dan bergaul sesama kaum ku.
Perasaan rendah diri serendah 5 cm membuat aku pasif untuk terus bergomol dengan mereka. Aku lebih seronok bergurau, bermain, gelak dan bekejaran dengan kaum ku. Kaum ku kuat, fizikal kental, kalau kami bergaul, lasak. Sebut apa jenis permainan atau suruhan aku sanggup lakukan. Tapi untuk bercampur dengan kaum yang lain, tidak akan berlaku sama sekali. Rakan ku,mereka bagai terhalang untuk melakukan perkara yang patut dilakukan. Mungkin seronok untuk membaca, senyum atau pergi ke kantin bersama mereka, lebih seronok kerana berlainan kaum atau lebih matang agaknya. Aku terlepas momen tersebut, yang membuat aku menjadi aku yang sekarang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment