Sunday, October 23, 2011

matahari mati bekerja tanpa henti

26/08/2011

matahari mati bekerja tanpa henti.

Kau tak pernah cuba untuk berhenti tipu sekeliling, kau tak pernah berhenti berlagak bagus, aku benci orang macam kau, tapi aku tak pernah cuba untuk berhenti berkenalan dengan orang macam kau, sebab kita saling memerlukan. Aku sakit hati bila kau rasa kau "born to lead", tipu tu pakar kau, sampai langit pun menunduk malu, khalifah yang diaggungkan, yang diberi tugasan untuk menjaga dan memimpin kini seorang penipu. Penipu yang tak akan berhenti, rasa macam nak jerit dekat sebelah telinga kau je, sebab kau tak pernah sedar yang kau dah bunuh banyak jiwa tenang, kau kocakkan gelora nafsu si malang, malang kerana percaya tiap siulan perkataan yang kau sebutkan, yang kau ejakan, yang kau luahkan.
tolong berhenti tolong!
kau bukan dilahirkan untuk memimpin, jalankan apa yang diamanahkan, lakukan apa yang disuruh, hidup di dunia bukan semudah tapi bukan juga sesusah yang aku fikirkan, cuma bila koordinasi itu berubah, segalanya menjadi kacau bilau. Aku salah? salah sebab cakap perkara yang tak pernah terlintas dalam benak akal kau yang bercengkerang tengkorak batu, hati kau yang berkarang keras, ye memang mudah untuk memerintah tapi memerintah perlukan kepakaran bukan dengan membabi buta. pernah aku bicarakan hal ini, golongan minoriti itu lebih berkuasa dari majoriti, maksud aku disini minoriti adalah dalam golongan orang - orang yang mampu memimpin, keras dengan ego, ego yang tak kesudahan. majoriti pula golongan penerima balasan atas apa yang telah dilakukan oleh minor, mungkin ada benar tujuan kau diciptakan memang untuk menyedarkan golongan major kalau tak mana mungkin dosa dicipta untuk pahala, tanpa api air juga tak terjadi, tanpa bulan matahari mati bekerja tanpa henti.

Saturday, June 4, 2011

siang,petang, malam, pagi.

16/ 05/ 2011
Teruskan bermain kawan

Aku tak pernah putus asa untuk mengenal dunia, mengenal siapa aku, mengenal erti persahabatan, erti percintaan, permusuhan, dan kelahiran. Setiap perkara itu berlaku punyai sebab tertentu, susah untuk rungkaikan segalanya. bagi aku hidup adalah untuk bermain, setiap manusia di dunia bermain tanpa mengenal masa. Umur bukan penghalang, cuma makin matang makin susah permainannya, harus bertolak ansur dengan pelajaran - pelajaran baru seperti ego, ideologi, dalam konteks pemikiran dan pemahaman masing - masing.
seperti contoh, Laskar di medan perang bagai kanak - kanak lelaki yang bermain, bermusuh dan membalas, ada 1 ketua di atas ketua, yang menentukan corak permainan itu dan syarat - syaratnya untuk bermain. seperti bermain polis entri lagaknya.

Malam dan siang bukan peghalang, ada yang permainannya bermula di waktu malam, dan ada juga yang bermula pada siang hari. Macam - macam jenis permainan yang ada, yang perlukan keberanian, yang perlukan kesabaran, dan juga persediaan yang rapi sebelum bermain. Tanpa sedar, manusia membesar dengan bermain, dari kecil permainan mengajar manusia untuk membesar, dengan pelbagai ragam dan sikap, dalam bermain ada yang kalah dan ada yang menang, yang menang tak selalu mendongak, dan yang kalah tak selalu tersungkur. Aku percaya kawan, kalau kau rasa matang itu mendewasakan kau, tapi bagi aku bermainlah yang membesarkan kau.

Wednesday, May 11, 2011

Tanah tetap tanah

11/5/2011
hak aku.
Tanah tetap tanah

Apa hak aku untuk buat keputusan, bila keputusan aku kau tak boleh terima. Susah sangat ke nak faham perasaan orang. Aku ada hak atas diri aku. kata - kata semangat hari - hari dilaungkan orang, dah bermacam kata - kata aku dengar. Semua ego, bagi aku semua nak menangkan diri sendiri tanpa fikir perasaan orang lain, yang penting semua orang dengar cakap kau. Aku tak rasa dengan cara macam tu orang boleh hormat kau.atau orang cuma takut, sama ada takut dengan kau, atau takut terganggu hubungan.

Kenapa susah sangat nak terima perasaan orang, pendapat orang, emosi dan fikiran orang. kenapa kau nak sangat orang dengar setiap apa yang kau kata, ada apa dengan ego,ego cuma bunuh perasaan kau untuk terima pendapat, kritikan dan pandangan orang terhadap kau.

Kau dah bunuh diri kau sendiri sebab hari - hari kau cuma hipokrit dengan diri sendiri walaupun kau tau apa yang kau buat tu salah. Kau terpaksa kawal setiap pergerakan, percakapan dan perbutan sebab takut malu atas cubaan orang untuk jatuhkan kau, tapi kau silap kawan, tak semua milik kau, belajar terima kritikan orang, baru kau tau tahap hormat orang pada kau atas kebolehan kau atau sebab orang takut dengan kau.
apa untung yang kau dapat bila buat macam tu? mungkin kau sendiri boleh jawab. tapi bagi pandangan jujur aku kau penakut,

1. takut bila orang tinggalkan kau sorang - sorang.
2. takut bila apa yang kau buat tu nampak bodoh di mata orang.
3, takut sebab orang akan hilang hormat pada kau.
4. takut untuk buat salah.

kau tak rugi apa kawan kalau kurangkan ego tu,percayalah orang akan hormat kau atas kebolehan kau. Tapi buat masa sekarang tak semua orang boleh faham perasaan orang lain walaupun dia kata dia mampu. tanah tetap tanah tapi tanah ada banyak jenis tanah.

bukan semua tanah boleh pakai untuk tanam semua jenis tumbuhan, dan bukan semua tanah sesuai untuk semua jenis kehidupan. aku bodoh sebab cakap benda yang kau tak faham, tapi tak salah rasanya sebab semua manusia mampu berfikir dan mampu untuk berkongsi setiap apa yang dirasa.

Tuesday, April 19, 2011

Rumi dan juli.

10/4/2011
Rumi dan juli.

Sang Rumi sedang berjuang tentang suatu perkara yang maha dasyat, sedang sang juli menanti kekasih yang tersayang, menanti bagai tiada mentari lagi esok hari, sang Rumi yang tanpa berfikir panjang terus mendapatkan juli yang sedang mabuk keriduan dakapan dan kucupan.Walau hati bergelut dengan masaalah, namun demi si juli badai pun mampu ditembusi, api sanggup diredahi,

Cinta, apa tu cinta? lelaki jadi bodoh, hilang ego, hilang maruah sebab cinta, aku bodoh sebab cakap macam tu? fikir kawan, untuk apa juang pekara yang tak pasti, belum milik kau lagi.
Hilang kawan tak apa jangan hilang yang satu, si buah hati, intan payung, ulam jantung. aku malu bila kau tunduk pada kaum perempuan, jadi suruhan, macam budak hinggusan.

Ayam tak dapat tangan bau taik..

Thursday, March 17, 2011

Rasa Mati itu Pasti.

18/02/2011
02 : 08am

Rasa Mati itu Pasti.

Aku benci beban, aku benci bila orang pandang aku ni menyusahkan, (aku tak pasti rasa mati aku atau mati engkau). Pandang aku siapa aku, pandang aku sebahagaian dari kehidupan, sebahagian dari ciptaan, pandang aku pada sudut aku dicipta memang untuk kejadian. aku sebahagian engkau, engkau sebahagian aku.

aku patut berubah?, atau kau yang patut?
aku korupsi?aku malang yang bertandang?

kau curi bebas aku, bebas aku sebahagian dari kejadian. siapa aku?. aku bukan binatang, aku bukan barang.
megah kau tak kemana. cukup sampai habis dunia.

sampaikan salam aku pada semua, salam penamat buat si bangsat.

Tuesday, February 15, 2011

Apesal aku macam ni?

apesal aku tak yakin dengan diri sendiri?

1. Aku tak percaya dengan diri sendiri.
2. Orang kata aku lurus sebab buat je apa orang suruh.
3. Aku senyap bila bergaul.
4. takda kawan rapat.
5. tak bergantung dengan orang lain.
6. Slalu tanya soalan yang aku sendiri tau jawapan tu.
7. Senyum bila kena " bahan ".
8. Tak mampu balas bila orang buat taik.
9. Takut tindakan itu makan diri sendiri.
0. tak berani bersuara.

Jawapan :

Aku bukan macam kau, cakap ikut suka. pikir sikit le perasaan orang, aku tak tau lak kalau2 bapak kau ajar kau macam tu dari kecik. Aku bukan lurus, cuma aku taknak kau rasa macam aku ni busok hati dengan kau. Tak salah bergurau, cuma jangan simpan dalam, sampai dendam kau jadi busong, busok sampai tepikir kepale hotak kau nak balas balik. Senyap aku bila samada aku marah, befikir atau hormat. Bapak kau! suka2 tuduh aku senyap sebab malu. Suka hati aku le nak senyap ke bising 1 reban ke, mulut aku, sundal apa kau kesah?.


Butoh orang tua, bukan kau tentukan hidup aku lahanat. Aku punya pasal la apa aku nak buat. 1 keluarga kau aku tak susahkan, pesal apa kena pandang paise?, pasal apa nak sindir2?, pasal apa nak pilih bulu. Zaman kau da habis tua. apa lagi kau nak?, pikir sikit le.

Tanda - tanda si Pemerintah.

Tanda - tanda si Pemerintah.

1. Semua patuh arahan, macam mana kau betul dia rasa dia lagi betul. Ayat hampir sama, tapi hampir sama yang berjarak 6 cm.
2. Melantun - lantun cakap pun tak apa janji dia yang betul.
3. "Master and the dame" mesti ada.
4. Tugas susah jangan kau fikir dia nak tolong. Pandai - pandailah kau uruskan.
5. Buat apa yang dia suruh, kalau tak nak kau hilang dia.

Lunatic Macabre.

Hidup berkarisma, bermaruah, berfikir.

Tiap hari, kiri kanan, depan dan belakang. Aku bertemu kaum tersebut, bukan aku benci, cuma ada satu perasaan yang aku mengelat untuk melihat. Lihat lengguk punggung mereka berjalan melintas dihadapan, mungkin salah satu sebab itu aku kurang berkomunikasi dengan mereka. Aku cuma benci bila melihat kaum tersebut memberi "respond" yang baik apabila kaum ku cuba untuk memasang pikat.

Mungkin juga perasaan tersebut bermula sejak aku masih bersekolah rendah, yang mana jarang atau tiada langsung kaum tersebut cuba mendekati aku. Faktor diam membatu juga membuat mereka bosan untuk cuba memanggil aku "kawan". Sewaktu rakan lain seronok mendekati mereka, bergurau, bergelak atau pun berkejaran aku hanya membuta untuk melihat kaum tersebut tersenyum dan bergaul sesama kaum ku.

Perasaan rendah diri serendah 5 cm membuat aku pasif untuk terus bergomol dengan mereka. Aku lebih seronok bergurau, bermain, gelak dan bekejaran dengan kaum ku. Kaum ku kuat, fizikal kental, kalau kami bergaul, lasak. Sebut apa jenis permainan atau suruhan aku sanggup lakukan. Tapi untuk bercampur dengan kaum yang lain, tidak akan berlaku sama sekali. Rakan ku,mereka bagai terhalang untuk melakukan perkara yang patut dilakukan. Mungkin seronok untuk membaca, senyum atau pergi ke kantin bersama mereka, lebih seronok kerana berlainan kaum atau lebih matang agaknya. Aku terlepas momen tersebut, yang membuat aku menjadi aku yang sekarang.